Seramai 140,608 hilang pekerjaan akibat Covid-19

140,608 hilang pekerjaan akibat Covid-19

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 140,608 orang telah hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, jumlah itu berdasarkan data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.

“Kerajaan sedar serta amat prihatin terhadap impak Covid-19 dalam kalangan rakyat yang serius.

“Dalam tempoh tidak menentu ini, ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan memerlukan sokongan dan bantuan.

“Antara tindakan kerajaan bagi menangani kehilangan pekerjaan adalah menyalurkan bantuan dengan membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan. Bantuan itu adalah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) iaitu faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah yang kehilangan pekerjaan sejak pandemik Covid-19.

Dalam tempoh itu juga, Saravanan turut menjelaskan seramai 58,530 orang yang terjejas berjaya ditempatkan semula dalam sektor pekerjaan.

Katanya, sejak pelancaran portal MyFutureJobs pada 2020 sehingga 10 September lalu, seramai 1.13 juta pencari pekerja didaftarkan dan sebanyak 2.31 juta kekosongan jawatan diiklankan di platform itu.

“Seramai 64,766 orang adalah daripada golongan pencari kerja yang kehilangan pekerjaan dan menuntut faedah di bawah SIP, manakala 312,310 orang adalah golongan pencari kerja awam.

“Portal MyFutureJobs adalah portal pekerjaan sehenti bagi semua pencari kerja dalam negara yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan, program reskilling (pemahiran semula) dan upskilling (peningkatan kemahiran) serta program-program keusahawanan daripada pelbagai agensi,” katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya