Seramai 136 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

136 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

KEADAAN semasa di PPS SJK (C) Kuo Kuang yang menempatkan 33 mangsa banjir di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 136 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua buah sekolah susulan hujan lebat lebih empat jam di daerah ini, malam tadi. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, PPS yang dibuka membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai.

Katanya, hujan lebat yang berlarutan hingga lebih empat jam itu menyebabkan beberapa rumah di Kampung Laut Batu 10 dan Lorong Aris Batu 8 1/2, Skudai, dinaiki air.

“PPS di SJKC Kuo Kuang menempatkan 33 mangsa manakala PPS di SMK Skudai pula menempatkan 103 mangsa. Kedua-dua PPS ini dibuka sejak pukul 9 malam tadi. 

“Kesemua mangsa termasuk 43 warga emas itu terdiri daripada keseluruhan 62 keluarga. Kesemua mereka masih berada di PPS ini dan keadaan masih terkawal sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, hanya sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di daerah Pontian beroperasi yang menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga.

Bagaimanapun, PPS berkenaan sudah ditutup pukul 2 petang selepas keadaan cuaca didapati cerah dan penduduk mengambil keputusan untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Kamal berkata, keadaan cuaca semasa dalam keadaan baik dan kemungkinan semua yang berada di PPS dibenarkan pulang pada hari ini. 

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan kita akan mengemas kini laporan dari masa ke semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya