Sebanyak 12 bayi merdeka lahir di Hospital Melaka

12 bayi merdeka lahir di Hospital Melaka

ROSLI Hassan (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan untuk bayi merdeka kepada penyelia jururawat, K. Parkiam di Lobi Hospital Melaka, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 12 ‘bayi merdeka’ dilahirkan di Hospital Melaka di sini ketika negara menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64, Selasa lalu.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Melaka (ALPH), Datuk Rosli Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh adalah bayi lelaki manakala lima lagi bayi perempuan dilahirkan secara normal dan pembedahan.

Katanya, seorang bayi lelaki adalah yang pertama dilahirkan di hospital itu kira-kira pukul 1.56 pagi.

“Agak menyedihkan apabila ibu-ibu yang melahirkan bayi merdeka tidak ditemani suami seperti lazimnya disebabkan prosedur operasi standard (SOP) di hospital ekoran pandemik Covid-19.

“Biasanya kita akan adakan majlis sambutan ibu yang melahirkan anak sewaktu sambutan kemerdekaan setiap tahun, tetapi kali ini ALPH tidak buat secara besar-besaran.

“Begitupun, ALPH bersama pihak hospital dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Katil menganjurkan majlis ringkas meraikan anak merdeka,” katanya ketika ditemui di Lobi Hospital Melaka di sini hari ini.

Rosli menambah, kesemua ibu bayi merdeka menerima pelbagai barangan sumbangan daripada ALPH dan UMNO Bahagian Bukit Katil.

“Walaupun kita tidak dapat menziarahi ibu bayi merdeka kerana mematuhi SOP yang ditetapkan, sumbangan ini adalah sebagai usaha meraikan mereka sempena sambutan kemerdekaan negara,” ujarnya.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu ialah Timbalan Pengarah III Hospital Melaka, Dr. Mohd. Najib Khamil; Timbalan Pengarah Pengurusan, Fairul Zaman Abdul Manan dan Penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Karim Yaakub. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya