100 rumah dinaiki air akibat banjir kilat - Utusan Malaysia

100 rumah dinaiki air akibat banjir kilat

KEADAAN sebuah rumah yang dimasuki air akibat hujan lebat berterusan di Kampung Sentosa, Masai, Pasir Gudang, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kira-kira 100 buah rumah di tiga kampung sekitar Pasir Gudang, di sini dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini.

Kejadian banjir kilat itu membabitkan Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, Kampung Sentosa Barat dan Jalan Kampung Masjid, Masai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba I Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.14 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 24 anggota dengan tiga buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Pasir Gudang dan Johor Jaya ke tempat kejadian.

Katanya, banjir kilat itu menyebabkan rumah mangsa ditenggelami air pada kedalaman hampir satu meter.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati paras air telah surut dan tiada operasi menyelamat atau pemindahan mangsa banjir dilakukan.

“Pemantauan dan rondaan di lokasi berisiko banjir sentiasa dipantau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Ibrahim berkata, operasi ditamatkan pada pukul 8.19 pagi selepas keadaan didapati terkawal.

Sementara itu, sepasukan anggota dari BBP Skudai menyelamatkan pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap dalam kejadian banjir di rumah mereka di Jalan Skudai, Batu 10, Kampung Laut, Skudai.

Menurut Komander Operasi BBP Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 5.36 pagi.

Susulan itu katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kita dapati paras air di lokasi dianggarkan hampir satu meter. Kita memindahkan pasangan suami isteri dan dihantar ke Surau Batu 10 bagi penempatan sementara, keadaan mereka selamat,”  katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya