Zoey Rahman anjur Mikaseries Peduli - Utusan Malaysia

Zoey Rahman anjur Mikaseries Peduli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman, 36, menerusi jenama kosmetik Mikaseries, menganjurkan program Mikaseries Peduli dalam usaha menyalurkan sumbangan buat petugas barisan hadapan terutama kepada mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan penghantaran makanan.

Menurut Zoey, program berbentuk kemasyarakatan tersebut juga mendapat kerjasama jenama Big Mouth dan Mcdonalds Mutiara Damansara.

“Mikaseries Peduli lebih fokus kepada sumbangan berupa petrol, makanan dan barangan keperluan kepada penghantar makanan seperti foodpanda, lalamove, grabfood dan yang seumpamanya.

“Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain-lain yang berbentuk barang keperluan harian.

“Jadi kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan barisan hadapan yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan ramai pihak dan untuk yang pertama kali ini kami telah mendapat kerjasama daripada Big Mouth, Mcdonald’s Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar,”katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, kata Zoey, pihaknya juga merancang untuk meluaskan lagi program tersebut utnuk fasa kedua dan setakat ini telah mendapat kerjasama produk jenama Adabi dan beberapa yang lain.

“Terima kasih kerana ramai yang sudi nak sertai kempen ini termasuk memberikan kerjasama baik kepada Mikaseries Peduli.

“Terima kasih juga kepada rakan saya, Zarina Anjoulie kerana sudi untuk turun padang dan memberi sumbangan peribadi kepada penghantar makanan menerusi program ini,”katanya.

Dalam pada itu, Zoey berkata, bagi mana-mana penghantar makanan yang ingin menyertai dan mendapatkan petrol percuma setiap bulan, mereka boleh mengikuti telegram MIKASERIESpeduli termasuk untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya