Ziyad mahu raih emas pada Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Ziyad mahu raih emas pada Hari Kebangsaan

ziyad
ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Ziyad yang bersaing dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) juga tidak mahu mensia-siakan peluang berharga beraksi di Stadium Olimpik pada hari istimewa buat Malaysia. 

Dia sangat berbesar hati sekiranya dapat meraih pingat emas buat negara pada hari bersejarah itu.

“Saya akan cuba buat sebaik mungkin dalam Paralimpik Tokyo kerana bagi saya misi saya cukup besar dan istimewa.

“Pastinya saya akan merasa bangga sekiranya dapat meraih emas pada 31 Ogos ini,” katanya.

Muhammad Ziyad yang berusia 31 tahun menjadi sensasi utama semasa di Rio2016 apabila meraih pingat emas dan mencipta rekod dunia baharu dengan jarak 16.84m.

Dia terus cemerlang unggul dalam acara disertainya apabila memperbaharui rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya