Zikry Daulay hidap vertigo selepas bercerai - Utusan Malaysia

Zikry Daulay hidap vertigo selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Zikry Daulay mendedahkan kesihatannya merosot selepas bercerai dengan bekas isteri, Henny Yuliana Rahman sekitar Mac lalu.

Lapor Liputan6, Zikry memberitahu bahawa dirinya diserang vertigo selepas perceraian tersebut.

“Dalam dua bulan, saya tidak keluar (rumah). Keadaan itu mengakibatkan saya diserang
Vertigo,” dedahnya.

Kata Zikry, dia memutuskan untuk mendapatkan rawatan pakar bagi mengetahui punca penyakit dihadapinya itu.

“Ada yang mengatakan ia berlaku kerana stres. Selepas bertemu doktor pakar telinga, hidung, tekak dan saraf, saya masih tidak tahu apa puncanya.

“Penyakit ini berlaku diluar sedar. Ia tidak dapat dilihat, jadi kita tidak sedar ia berlaku.

“Saya ada bertemu orang untuk berborak, dengan harapan penyakit ini pulih, tetapi tidak,” katanya lagi.

Tambah aktor berusia 26 tahun ini, dia tidak menyangka vertigo dialaminya pulih setelah mendapat tahu bekas isterinya itu kini mendirikan rumah tangga bersama pelakon tampan, Alvin Faiz.

“Saya tidak tahu kenapa, setelah mengetahui hubungan mereka, vertigo yang saya alami beransur sembuh,” jelasnya.

Zikry mendirikan rumah tangga bersama Henny pada tahun 2018.

Kedua pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup selama tiga tahun.

Namun kedua pihak memutuskan untuk bercerai pada satu Mac yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya