Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong ucap Selamat Hari Kebangsaan  - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong ucap Selamat Hari Kebangsaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan itu dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara hari ini.

Hari Kebangsaan 2021 yang disambut diraikan dalam persekitaran kebiasaan baharu susulan pandemik Covid-19 buat tahun kedua di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya namun tetap menyerlahkan semangat patriotisme sejajar semangat Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai sambutan itu yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ secara maya kerana menjalani kuarantin kendiri bermula semalam setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Atur cara bermula pukul 8 pagi dengan tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menaikkan Jalur Gemilang dengan diiringi lagu Negaraku.

Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dalam siaran secara maya turut dilihat berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang.

Selepas acara itu, ikrar Rukun Negara dibacakan dengan diakhiri laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali yang disempurnakan oleh tujuh petugas barisan hadapan.

Ia diketuai wakil dari Kementerian Pendidikan iaitu Luqman AlHakim Mohd Tamyes selain anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya