Wei Lun mula langkah kanan di Tokyo - Utusan Malaysia

Wei Lun mula langkah kanan di Tokyo

CHEW WEI LUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Wakil tunggal negara dalam acara sukan Boccia BC1, Chew Wei Lun berjaya meraih kemenangan 5-2 ke atas lawannya dari Brazil Andreza Vitoria de Oliveira, sebentar tadi.

Kemenangan itu merupakan permulaan baik untuk Wei Lun pada penampilan sulungnya di temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 26 tahun itu, perlu menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik Pool B jika mahu layak ke peringkat seterusnya.

Selepas ini, Wei Lun perlu berdepan tiga lagi lawannya di Pool B iaitu Witsanu Huadpradit dari Thailand, Jung Sungjoon (Korea Selatan) dan Katerina Curinova (Republik Czech).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya