Waris rider maut kemalangan terima faedah Perkeso - Utusan Malaysia

Waris rider maut kemalangan terima faedah Perkeso

FUAD Alias (kiri) menyerahkan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat kepada isteri Allahyarham Azreeq, Nurakhbarina, di Kota Seriemas, Nilai, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Waris kepada penghantar makanan FoodPanda yang maut dalam kemalangan di Nilai, dekat sini pada 11 Ogos lalu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Ia selepas didapati mangsa, Azreeq Azri, 26, adalah Orang Berinsuran (OB) dengan pertubuhan berkenaan.

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias berkata, hasil semakan, waris kepada Allahyarham Azreeq layak menerima dua jenis faedah daripada Perkeso.

Jelasnya, bayaran faedah berkenaan adalah Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pencen Penakat (Pencen Bulanan) dan Faedah Orang Tanggungan (Pencen Bulanan) SPS yang akan dibayar kepada isteri Allahyarham iaitu Nurakhbarina Azman, 23.

“Selepas siasatan dan semakan dijalankan, waris mangsa akan menerima sejumlah RM2,000 bagi FPM manakala bagi Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan bayaran pertama dijangka diterima bermula pada awal bulan depan.

“Faedah yang diterima berikutan arwah pernah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat sebelum diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 dan bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda. Oleh itu, isteri arwah layak untuk menerima dua faedah berkenaan seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Perkeso di rumah waris Allahyarham di Kota Seriemas, Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, isteri waris juga akan mendapat pencen penakat yang merupakan Skim Keilatan Akta 4 Perkesom dan Faedah orang tanggungan di bawah skim pekerjaan sendiri.

Utusan Online sebelum ini melaporkan Azreeq maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di simpang empat, Jalan Kuarters KLIA, Nilai, dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Sementara itu, Nurakhbarina, berkata, dia berterima kasih kepada pihak Perkeso atas faedah yang diberikan.

“Saya sangat berterima kasih, ketika ini saya masih lagi bercuti tanpa gaji dan faedah ini tentunya dapat membantu saya menampung kehidupan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya