Tokyo: Jaguh Norway, Karsten Warholm mempamerkan larian menakjubkan untuk memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri sekali gus memenangi pingat emas acara 400 meter lari berpagar Olimpik sebentar tadi.
Warholm mencatat 45.94 saat (s), mengatasi catatan lamanya 46.70 saat.
Atlet Amerika Syarikat (AS), Rai Benjamin meraih perak dengan masa 46.17s manakala gangsa milik jaguh Brazil, Alison Dos Santos dengan catatan 46.72s. Kedua-duanya mencipta masa peribadi terbaik masing-masing.
Dalam perlumbaan itu, bintang Norway itu meminimumkan pergerakan atas badanya ketika melepasi halangan dan berada di hadapan untuk 200m pertama dan ramai mempersoalkan sama ada dia boleh mengekalkan rentak.
Benjamin, tidak mudah putus harapan dan mencuba untuk memberi saingan hingga ke 100m terakhir.
Keadaan agak tegang seketika apabila Warholm dilihat hampir memberi kemenangan kepada atlet AS itu tetapi juara dunia dua kali itu mengekalkan rentak untuk menang.-AFP