Warga emas meninggal dunia di lantai hospital - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia di lantai hospital

TANGKAP layar video tular berdurasi 38 saat memaparkan keadaan seorang warga emas yang meninggal dunia di atas lantai didakwa berlaku di wad sebuah hospital di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas yang dilihat dalam keadaan lemah dan cuba berdiri dengan berpaut pada katil sebelum meninggal dunia di atas lantai didakwa berlaku di wad sebuah hospital di negeri ini mendapat perhatian warganet di media sosial hari ini.

Rakaman video berdurasi 38 minit tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

Video tersebut menunjukkan pesakit terbabit yang memakai kain tanpa baju cuba berdiri dengan berpaut pada katil dalam keadaan lemah.

Seterusnya mangsa dilihat terbaring dengan beg kencingnya masih berada di sebelah sebelum ditutup dengan kain putih.

Hantaran tersebut juga mendakwa pihak hospital gagal memberikan rawatan serta-merta kepada pesakit.

Wad berkenaan dipercayai menempatkan pesakit Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya