PETALING JAYA: Wani Comel yang sebelum tular di media sosial menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 9 malam tadi ekoran jangkitan Covid-19.
Pada masa sama, rakan karib arwah, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga disahkan meninggal dunia kerana Covid-19 pada awal pagi, hari yang sama.
Berita pemergian Allahyarham Wani atau nama sebenar, Nurul Airawani Nazira Ibrahim itu dimuat naik ibu Puteri yang kemudian dikongsi menerusi Instagram arwah.
“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira atau Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 pm tarikh 18 Ogos 2021.
“Wani pergi di hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid-19. allahuakbar, Allahuakbar.
Dalam pada itu, ibu Puteri memohon orang ramai agar menyedekahkan Al Fatihah buat Wani dan anaknya.
“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan Al Fatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.
Wani sebelum ini pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas isu berat badannya yang mencecah 300 kilogram (kg) tular di media sosial.
Dia selepas itu tampil membuat pendedahan dirinya dianiaya dan dimanipulasi seorang usahawan terkenal.