Walk-in di 12 PPV Selangor mulai esok - Utusan Malaysia

Walk-in di 12 PPV Selangor mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penduduk di Selangor yang masih belum menerima tarikh janji temu bagi mendapatkan vaksin Covid-19 boleh mendapatkannya secara walk-in di 12 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri berkuat kuasa esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memudahkan proses vaksinasi selain janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dan SeLangkah.

“Program vaksinasi berkenaan akan berkuat kuasa pada 2 Ogos ini dan tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN berkaitan.

“Setiap PPV itu akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari dengan jangkaan dua hari bagi setiap DUN,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelaksanaan vaksinasi secara walk-in sehingga 2 September depan itu antaranya di PPV Dewan Banting Baru, Morib; Dewan Pandan Indah; Dewan Majlis Bandar Baru, Kuala Selangor; Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali dan Dewan Sekolah Cina, Ijok.

Selain itu, ia melibatkan PPV di Dewan Orang Ramai Hulu Bernam; Dewan Seri Siantan, Selayang; Dewan Sri Cempaka, Kajang dan Dewan Eng Ann, Klang.

Ia diikuti PPV di Dewan Komuniti Putra Perdana, Dengkil; Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dan Dewan MPAJ AU5, Ampang.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bagi membincangkan kaedah mempercepatkan imunisasi rakyat Selangor.

Jelas beliau, sebanyak 65.5 peratus individu dewasa di Selangor sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini.

“Berasaskan kapasiti sedia ada, kerajaan negeri yakin kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan tambahan program Vaksin Selangor (SelVAX) dapat mencapai imuniti kelompok dalam tempoh kurang sebulan.

“Sasaran imuniti kelompok dijangka dicapai apabila 80 peratus daripada populasi dewasa divaksin,” katanya.

Tambah Amirudin, program percuma SelVAX Komuniti turut akan diteruskan sehingga 11 Ogos depan bagi menampung dan mempercepatkan pelaksanaan PICK.

“Langkah itu diharap melengkapkan operasi lonjakan kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya