“Walaupun kerusi ini kosong, saya tahu awak ada di situ kan…”- Shuib. - Utusan Malaysia

“Walaupun kerusi ini kosong, saya tahu awak ada di situ kan…”- Shuib.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengenangkan semula detik-detik bersama isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ketika setiap pagi di balkoni rumahnya.

Menerusi entri Instagram, Shuib menitipkan rasa rindunya buat arwah apabila mengenangkan tempat di mana setiap kali dia menemani isterinya untuk ‘merasakan’ matahari, pada waktu pagi.

“Tiap pagi ibu akan duduk dekat kerusi ini. Bila daddy tanya kenapa duduk di situ, kan panas, ibu akan cakap ‘Saya nak vitamin D daddy, nak rasakan matahari’.

“Walaupun pada pandangan saya kerusi ini kosong, saya tahu awak ada dekat situ kan. Jadi, setiap pagi saya akan teman awak merasai ‘matahari’. Saya sayangkan awak, sayang,” coretnya ringkas di Instastory.

Isnin lepas, penyanyi lagu Kesetiaan itu telah kembali ke Rahmatullah jam 5.13 pagi selepas berperang nyawa melawan jangkitan virus Covid-19.

Jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 1.45 petang, Isnin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN