KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak ke Bangunan Parlimen yang bermula dari Dataran Merdeka meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan.
Perarakan yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat bergerak menuju Parlimen.
Terdahulu beberapa ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.
Turut kelihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.