PETALING JAYA : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di rumahnya kira-kira pukul 1.05 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 40 minit.
Muhyiddin juga kelihatan tenang dan hanya menunjukkan isyarat bagus ketika pengamal media cuba mendapatkan ulasan beliau semasa tiba di kediamannya di Damansara, dekat sini.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual mengadakan sidang akhbar petang ini untuk memaklumkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pagi tadi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya. – UTUSAN ONLINE