[VIDEO] Anak buaya tembaga ditemukan di pangkalan nelayan pekan PD - Utusan Malaysia

[VIDEO] Anak buaya tembaga ditemukan di pangkalan nelayan pekan PD

SEEKOR anak buaya tembaga yang dilihat beberapa orang nelayan di pangkalan nelayan pekan Port Dickson semalam. - GAMBAR ORANG AWAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Beberapa orang nelayan dekat sini menemukan seekor anak buaya tembaga kira-kira 200 meter di pangkalan nelayan pekan Port Dickson, dekat sini semalam.

Nelayan terbabit memberitahu, buaya berkenaan berkeliaran kira-kira enam jam di sekitar pangkalan nelayan tersebut.

Seorang nelayan, Muda Daud, 51 berkata, ketika berada di pangkalan tersebut semalam, nelayan terlihat seolah-olah ada sebatang kayu yang terapung di laut, kira-kira 200 meter dari pantai.

“Kira-kira pukul 4 petang, pada masa tu saya baru pulang daripada memancing, kami sangkakan batang kayu, rupa-rupanya buaya. Enam jam ia berlegar di kawasan sekitar sini.

RAKAMAN orang awam menunjukkan buaya tembaga berdekatan pangkalan nelayan pekan Port Dickson. – VIDEO/ORANG AWAM

“Pertama kami (nelayan) melihat buaya di sini, ramai yang beritahu ada yang pernah lihat di Jeti Pangkalan Nelayan Kampung Gelam namun kami tidak pernah melihat ia di depan mata seperti semalam,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi nelayan, Firdaus Awaluddin, 26, berkata, dia sedang memasang bubu dan melihat dari pangkalan nelayan seolah-olah ada sebatang kayu yang terapung dan kemudian tenggelam.

MUDA Daud menunjukkan lokasi seekor anak buaya dipercayai jenis tembaga di pangkalan nelayan pekan Port Dickson. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

“Pada mulanya ingatkan ada biawak namun apabila semakin dekat dan kami terlihat buaya berkenaan di tepi tembok berdekatan Jabatan Laut. Bermula pukul 2 petang, air surut sehingga air pasang buaya berkenaan masih ada disitu.

“Kami sebagai nelayan di sini mula risau ia akan mengganggu. Selalunya kami akan membuat bubu berdekatan pantai termasuk mencuci bot namun kini kami tidak berani dekat,” katanya.

Nor Azman Mohd., 46, pula berkata, dia tengah berehat di pangkalan nelayan tersebut dan sebaik sahaja terlihat buaya tersebut, dia sempat mengambil video selama 27 saat.

“Saya sempat mengambil video dan melihat kelibat buaya tembaga berkenaan dan saya rasa kemungkinan ada dua ekor di sekitar kawasan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya