Usul pembatalan Ordinan Darurat dibahas di Parlimen September - PM - Utusan Malaysia

Usul pembatalan Ordinan Darurat dibahas di Parlimen September – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, usul berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, sekali gus diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan. 

“Proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.  

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan  peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya