Unimap sumbang kepakaran tambah baik produktiviti IKS di Perlis - Utusan Malaysia

Unimap sumbang kepakaran tambah baik produktiviti IKS di Perlis

MOHD. Rizal Arshad (kiri) menunjukkan MoU yang ditandatangani antara Unimap dan Madina Food Industries dalam satu majlis secara dalam talian di Arau, Perlis hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Madina Food Industries, iaitu sebuah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini dalam satu majlis secara dalam talian di sini, hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Unimap, Prof. Dr. Mohd. Rizal Arshad berkata, pihaknya bertuah kerana dapat bersama-sama membangunkan dan menyumbang kepakaran dalam menambah baik operasi dan produktiviti industri IKS di negeri ini.

Beliau berkata, usahasama antara kedua-dua pihak itu adalah dalam bentuk aktiviti akademik, penyelidikan, seminar, bengkel dan sebahagian aktiviti tersebut sedang berjalan di Madina Food Industries.

“Ini sekali gus membuktikan Unimap tidak meminggirkan IKS dan sentiasa agresif mengambil peluang bersama-sama industri bagi mengasah bakat penyelidik muda dan pada masa yang sama membantu membangunkan industri IKS.

“Madina Food Industries adalah IKS pertama di Perlis yang dianugerahkan Sijil Good Manufacturing Practice (GMP) oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Turut hadir dalam acara dalam talian itu ialah Penasihat Undang-Undang Unimap, Zainudin Zainon; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) Unimap, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd. Shukry Abdul Majid; Pengurus Madina Food Industries, Muhamad Rizal Osman dan Ketua Bahagian Kerjasama Industri & Agensi Kerajaan (CEICNet), Prof. Madya Dr. Shahrir Rizal Kasjoo.

Sementara itu, Mohd Rizal berkata, Unimap menerusi CEICNet yang diketuai Penolong Naib Canselor membangunkan satu sistem pangkalan data industri Unimap dikenali sebagai iBase untuk platform mengumpulkan data kerjasama Unimap dengan industri.

“Ia mengumpulkan data berkaitan aspek kebolehpasaran graduan, kolaborasi dan latihan industri sekali gus memudahkan setiap fakulti memantau kerjasama industri dan merangka strategi bagi meningkatkannya.

“Justeru, Unimap akan memastikan Madina Food Industries akan terus memberi kepercayaan kepada universiti ini untuk membantu memacu perkembangan serta menepati kehendak industri dengan situasi ‘menang-menang’ menerusi jalinan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya