Tujuh pemancing cemas terperangkap bawah jambatan

Tujuh pemancing cemas terperangkap bawah jambatan

ANGGOTA bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat PFD ketika menyelamatkan tujuh pemancing yang terperangkap di bawah jambatan di Kampung Pasir Senai, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Tujuh pemancing lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap di bawah jambatan setelah air sungai naik ketika sedang leka memancing dalam kejadian di Kampung Pasir Senai di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati tujuh pemancing berumur antara 18 hingga 28 tahun terperangkap di bawah jambatan ketika memancing.

“Difahamkan semasa memancing air mulai naik secara tiba-tiba. Bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat Personal Floating Device (PFD) dalam operasi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua pemancing tersebut berjaya diselamatkan dan tidak berlaku sebarang kecederaan, operasi tamat pada pukul 6.32 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya