PETALING JAYA : Trio berbasikal campuran negara di temasya Paralimpik Tokyo 2020 berjaya memperbaiki catatan masa terbaik peribadi mereka namun ia belum cukup untuk menempatkan diri dalam penentuan pingat gangsa apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima keseluruhan.
Turun beraksi dalam kategori C1-5, barisan pelumba negara yang dibarisi Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dan Mohamad Yusof Hafizi tetap mempamerkan aksi membanggakan di Velodrom Izu.
Ketiga-tiga pelumba negara itu merekodkan 50.532 saat (s) sekali gus memperbaiki catatan masa terbaik peribadi 51.872s yang dilakukan ketika menyertai Kejohanan Dunia di Milton, Kanada pada 2020.