TNB rangkul anugerah CIO Circle of Excellence 2021 - Utusan Malaysia

TNB rangkul anugerah CIO Circle of Excellence 2021

Fazil Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila Ketua Pegawai Maklumatnya, Datuk Fazil Ibrahim merangkul anugerah CIO Circle Circle of Excellence Award Asia 2021 dalam kategori Perak, baru-baru ini.

Anugerah yang dianjurkan oleh CNBC, CISCO dan Moneycontrol adalah platform untuk mengiktiraf dan meraikan Ketua Pegawai Maklumat berwawasan dari negara-negara ASEAN, China, Korea, Jepun, India, Australia-New Zealand (ANZ) dan Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) yang berjaya memacu syarikat mereka ke arah perniagaan berdaya tahan menerusi transformasi digital.

Menurut Fazil, kejayaan tersebut bertepatan dengan usaha berterusan TNB ke arah pendigitalan bagi menyediakan infrastruktur dan keupayaan teknologi yang kukuh.

“Kami mampu bertindak pantas dengan memberi sokongan untuk bekerja dari rumah kepada hampir 35,000 warga kerja TNB di seluruh negara sejak awal lagi sebelum pandemik bermula,” katanya dalam kenyataan.

Kejayaan TNB melaksanakan projek Webex Unified Communication dan Dual Sim Router adalah contoh terbaik terhadap keupayaan bertaraf dunia dan kecemerlangan teknologi yang dimiliki syarikat utiliti itu, selaras dengan aspirasinya untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.

Menerusi projek Webex Unified Communication, TNB berjaya mengurangkan kesan terhadap operasi dan produktiviti perniagaannya ketika pandemik melanda dengan memenuhi keperluan warga kerjanya untuk menganjurkan sesi mesyuarat, perjumpaan dialog awam, bengkel mahupun latihan.

Tambah beliau, projek Dual Sim Router pula adalah satu kerjasama dengan divisyen Rangkaian Pembahagian dan juga ICT TNB yang memberi nilai tambah kepada TNB bagi mempercepatkan tempoh pemulihan bekalan kepada 9.4 juta pelanggannya menerusi penambahbaikan ketersediaan dan kependaman  rangkaian.

“Hasilnya, projek Dual Sim Router telah berjaya membantu TNB mencapai prestasi Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem atau SAIDI bertaraf dunia iaitu 44.95 minit pada Tahun Kewangan 2020,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya