TMJ mahu vaksinasi Johor ditingkat kepada 70,000 dos sehari - Utusan Malaysia

TMJ mahu vaksinasi Johor ditingkat kepada 70,000 dos sehari

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kadar vaksin di Johor dipertingkatkan kepada 70,000 dos sehari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan negeri mempertingkat kadar vaksinasi harian di negeri itu bagi melawan pandemik Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat ketika ini.

Titah Tunku Ismail, kadar dos vaksinasi harian perlu dipertingkat kepada 70,000 dos berbanding 50,000 pada masa ini.

“Kadar vaksinasi di Johor kini adalah sebanyak 50,000 dos sehari. Walau bagaimanapun, kadar jangkitan Covid-19 di Johor kini berada di tahap yang amat membimbangkan.

“Memandangkan situasi ini, saya berpendapat bahawa kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan lagi sehingga 70,000 dos sehari secepat mungkin.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya Operation Surge Capacity turut dilaksanakan di Johor,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mahu kerajaan meningkatkan lagi bekalan vaksin kepada Johor supaya imuniti kelompok boleh dicapai lebih awal.

“Dengan varian Delta yang sangat berjangkit ini sedang menular, hanya vaksinasi yang dapat membendung wabak ini secara berkesan. Kesihatan dan keselamatan rakyat mesti sentiasa diutamakan,” titah baginda.

Pada 25 Julai lalu, Tunku Mahkota Johor turut bertitah agar kerajaan negeri mencari pelbagai jalan untuk meningkatkan kadar vaksinasi penduduk termasuk dengan langkah mendapatkan vaksin secara langsung bagi memulihkan kembali ekonomi setempat.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda memahami tentang rungutan rakyat Johor mengenai kadar vaksinasi di negeri itu yang perlahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya