Timang cahaya mata lelaki, Nisha Dirr pilih nama Tengku Ayden Alauddin - Utusan Malaysia

Timang cahaya mata lelaki, Nisha Dirr pilih nama Tengku Ayden Alauddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Nisha Dirr, berkongsi nama bayi sulungnya, yang diberi nama Tengku Ayden Aluddin.

Menerusi entri Instagram, pelakon popular drama Spa Q itu memberitahu perkara tersebut selepas seminggu melahirkan anakanda kesayangannya itu, pada 6 Ogos lepas.

“Alhamdulillah, pujian dan syukur kami panjatkan kepada Allah atas barakah dan rahmatnya atas kelahiran anakanda kami pada Jumaat, 6 Ogos 2021.

“Sempena kelahiran anakanda kami di hari jumaat yang penuh barakah, kami telah memberi nama Tengku Ayden Alauddin,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia menitipkan doa buat bayi lelakinya agar menjadi anak yang soleh sekaligus dapat berbakti kepada semua.

“Mengiringi doa, semoga menjadi anakanda yang soleh, berbakti kepada agama, keluarga serta bangsa,” katanya.

Nisha dan suami tercintanya, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil, mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu selepas beberapa bulan bercinta.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya