Tiga polis khayal tak mengaku ambil dadah - Utusan Malaysia

Tiga polis khayal tak mengaku ambil dadah

AYOB Khan Mydin Pitchay (kanan) pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga daripada enam anggota dan pegawai polis yang ditahan khayal di sebuah pusat hiburan di sini pada  6 Ogos lalu dituduh di Mahkamah Majistret, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua pegawai dan seorang anggota polis itu  mengaku tidak bersalah selepas didakwa bagi pertuduhan menggunakan dadah.

“Ketiga-tiga tertuduh itu masing-masing berusia 29, 31, dan 32 tahun tidak mengaku salah atas pertuduhan dikenakan,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. 

Menurut beliau, kesemua didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu,  akhbar melaporkan, enam penjawat awam berusia  26 hingga 43 tahun itu ditahan ketika asyik berhibur bersama 62 individu lain di sebuah pusat hiburan.

Dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM151,765.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, baki tiga lagi penjawat awam itu belum dituduh dan masih dalam proses siasatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya