Tiga menara komunikasi baharu di bina Kelantan - Utusan Malaysia

Tiga menara komunikasi baharu di bina Kelantan

MENARA komunikasi baharu di Kampung Jakar, Temangan, Kelantan yang dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) sudah mula beroperasi sejak Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 1,000 hingga 1,500 orang penduduk Kampung Pangkal Meleret, Kampung Jakar dan Kampung. Pangkal Mak Wan di Temangan, Kelantan kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas tiga (3) buah menara komunikasi baharu dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Semua menara baharu iru telah siap dibina dan beroperasi sejak Jun lalu.

Perkembangan pelaksanaan projek di bawah pelan Jendela di Temangan turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi
Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang membuat tinjauan di salah satu tapak menara komunikasi iaitu di stesen pemancar di Kampung Jakar, baru-baru ini.

Dr. Mohamed Fadzli Hassan (empat dari kiri) melawat menara telekomunikasi di Kampung Jakar yang turut disertai oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Kelantan, Abdul Mubin Mohd Zain (kiri sekali).

Selain itu, kerja-kerja menaik taraf liputan kepada 4G di 23 stesen pemancar komunikasi sedia ada di Temangan sedang giat dilaksanakan.

Terkini, 14 stesen pemancar telah siap dinaik taraf manakala baki selebihnya masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2022.

Dalam pada itu, perkhidmatan Pusat Internet Komuniti (PIK) Temangan yang dibuka semula, kini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk menjalankan aktiviti seharian dan meningkatkan taraf hidup mereka seperti mengembangkan pasaran produknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya