Tiga lagi ahli Geng Sakai didakwa - Utusan Malaysia

Tiga lagi ahli Geng Sakai didakwa

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lagi ahli kumpulan Geng Sakai didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Sukhadave Singh Jesvir Singh, 20; R. Logeswaran, 23; dan A. Jayaprakesh, 18, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim M. M Edwin Paramjothy.

Pengakuan akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kerana pertuduhan melibatkan kes keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Sakai di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini pada Januari 2015 hingga 20 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh manakala hanya tertuduh Logeswaran diwakili peguam R. Kirthiraj.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes ketiga-tiga tertuduh termasuk 19 lelaki yang pernah dituduh sebelum ini, ke Mahkamah Tinggi.

Tarikh pemindahan kes akan ditetapkan kemudian.

Pada 13 Julai lalu, media melaporkan seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan Geng Sakai merupakan antara 19 individu yang didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Rosli Sahak yang dikenali sebagai Sakai bersama 18 yang lain berusia 18 hingga 47 tahun menyatakan faham di hadapan hakim berkenaan.

Mereka ialah Mohamad Faisal Mohamad Sharif, A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.

Tertuduh lain, S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan dan G. Sivanamtham.

Pada Jun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Sakai yang dipercayai aktif melakukan jenayah di ibu negara sejak tahun 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya