'Tidur, solat semua dalam kereta, ustaz' - Utusan Malaysia

‘Tidur, solat semua dalam kereta, ustaz’

PERKONGSIAN Ustaz Ebit Lew dalam Facebook mengenai nasib seorang lelaki yang terpaksa tinggal dalam kereta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: “Sedih rasa. Dalam berat ujian kita. Ada orang lagi berat ujian mereka”.
Demikian perkongsian terbaharu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai nasib seorang lelaki yang tidur di dalam kereta sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Menurut beliau, lelaki tersebut tiada wang untuk membayar sewa rumah.
“Ada banyak masalah kesihatan. Sampai tadi kami berbual-bual panjang. Katanya sejak 25 tahun dulu ujian menimpa-nimpa. Semenjak dibuang universiti dulu. Mula-mula serius perbualan. Saya dengar dan cuba beri semangat.
“Abang ni walau berat ujiannya boleh tersenyum. Saya cuma nak berjaya dalam hidup ni ustaz. Saya buat apa pun tak jadi. Tidur, solat semua dalam kereta, ustaz. Sinilah kehidupan saya.
Syukur kami bawa abang ni ke rumah sewa. Insya-Allah akan bayarkan sewanya dengan izin Allah. Abang jangan risau. Insya-Allah akan bantu dari semasa ke semasa. Doakan buat abang ini,” katanya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya