TFC II rampas kedudukan teratas Liga Perdana - Utusan Malaysia

TFC II rampas kedudukan teratas Liga Perdana

Penyerang TFC II, Jordan Mintah, cuba melepaskan diri dari kawalan pertahanan Sarawak United, Zahril Azri Zabri ketika pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.- Foto PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) II merampas kedudukan teratas Liga Perdana selepas menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu dibantu oleh penjaring terbanyak, Jordan Mintah yang membolehkan tuan rumah mengumpul 28 mata sekali gus mengatasi Negeri Sembilan manakala Sarawak United kekal di tangga ketiga.

Terengganu II memberi amaran awal kepada pasukan pelawat namun tolakan lemah Mintah hasil gerakan satu dua bersama Amirul Syazwan Nor Azmi pada minit ketujuh tepat ke arah penjaga gol lawan Sharbinee Allawee.

Kekasaran Sharbinee ke atas Mintah menyaksikan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti dan mudah disempurnakan penyerang kelahiran Ghana itu pada minit ke-19.

Pelawat meningkatkan tekanan dan hampir menyamakan kedudukan namun tandukan ketua pasukan, Taylor Regan pada minit ke-25 disusuli percubaan Christie Jayaseelan (m-44) diselamatkan penjaga gol tuan rumah Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Bersambung babak kedua, TFC II terus diasak lawan dan pemain gantiannya, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali berpeluang menggandakan kedudukan pada minit ke-80, namun dinafikan Sharbinee.

Hasrat Sarawak United untuk mencuri sekurang-kuranganya satu mata tidak kesampaian apabila percubaan lemah S. Chanturu diselamatkan Nasrulhaq pada minit ke-85.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya