Tetak jiran hingga maut gara-gara kes tampar anak - Utusan Malaysia

Tetak jiran hingga maut gara-gara kes tampar anak

LOKASI kejadian seorang lelaki maut ditetak jirannya di kawasan rumah di Jalan Sitiawan-Beruas petang semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menampar anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang di kepala dan kakinya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati terdahulu suspek  menampar anak mangsa.

“Berikutan itu mangsa ke rumah suspek untuk berbincang perkara tersebut sehingga berlaku pertelingkahan antara mereka,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut Nor Omar, suspek yang juga berusia 40-an ditahan pada hari sama di rumahnya.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sebilah parang dari rumah suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurutnya, suspek direman  tujuh hari sehingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya