Terkenang Siti Sarah, Siti Nurhaliza menangis tidak dapat teruskan nyanyian - Utusan Malaysia

Terkenang Siti Sarah, Siti Nurhaliza menangis tidak dapat teruskan nyanyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat meneruskan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam satu rakaman persembahan maya, semalam.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, berkata, hal itu kerana perasaan sedih Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti, masih berbaki dengan berita duka pemergian sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pagi Isnin.

“Penganjur telah pun memilih salah satu lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu. Sebelum memulakan rakaman, Tok Ti sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak di atas pemergian sahabat.

“Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya dua baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti. Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini.

“Ramai yang menggelarkan arwah ‘bidadari’, banyak kebaikan dan cerita arwah yang dapat kita jadikan panduan selagi masih bernafas ini,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu turut diulang siar semula beberap akaun Instagram beserta video di sebalik tabir rakaman. Dapat dilihat pada air wajah Tok Ti menahan sebak ketika cuba untuk menyanyikan lagu itu.

Untuk rekod, awal pagi semalam, penyanyi Kesetiaan itu telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kemudian, jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya