Terkait salah laku seksual, Kris Wu ditahan polis - Utusan Malaysia

Terkait salah laku seksual, Kris Wu ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bintang K-pop, Kris Wu ditahan polis Beijing selepas dipercayai cuba merogol seorang wanita.

Lapor CNN, Balai Polis Daerah Chaoyang dalam kenyataan memberitahu, Wu, 30, masih disiasat berhubung kejadian itu.

Kontroversi itu semakin hangat diperkatakan selepas seorang pengguna aplikasi Weibo, Du Meizhu tampil mendedahkan dirinya pernah dikasari Wu secara seksual ketika dia berusia 17 tahun dan masih menuntut di Universiti Komunikasi Beijing.

Isu berkenaan menjadi semakin tular selepas wanita berkenaan membuat pendedahan dalam satu sesi wawancara bersama agensi berita tempatan, 163.com.

Wu yang dilahirkan di China dan memiliki kerakyatan Kanada menafikan tuduhan tersebut menerusi akaun Weibonya.

Dia yang diwakili syarikatnya mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Dalam pada itu, semua akaun media sosial penyanyi ini, termasuk akaun Weibonya yang memiliki jumlah pengikut sehingga 51 juta telah dipadamkan susulan kenyataan polis tersebut.

Wu yang menggapai populariti ketika menyertai EXO, meninggalkan kumpulan itu dan bergerak solo pada 2014.

Popularitinya memuncak apabila membintangi beberapa buah filem dan menjadi ‘wajah’ bagi jenama antarabangsa seperti Burberry.

Namun, beberapa rakan perniagaan segera ‘menjauhi’ Wu susulan dakwaan salah laku seksualnya itu.

Antaranya jenama terkemuka, Louis Vuitton yang pada Julai lalu bertindak menggantung hubungan perniagaan bersama artis kegilaan ramai ini.

Selain itu, beberapa jenama mewah lain seperti Bulgari, Porsche China dan jenama kosmetik, Kans turut mengambil tindakan yang sama terhadap Wu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya