“Terima kasih untuk pesananmu yang amat berharga” -Yatt Hamzah - Utusan Malaysia

“Terima kasih untuk pesananmu yang amat berharga” -Yatt Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramai dalam kalangan warganet menzahirkan rasa sedih dengan perkhabaran duka tentang pemergian Adik Muhammad Aming semalam, termasuklah pelakon Yatt Hamzah.

Menerusi entri Instagram, dia menitipkan penghargaan buat arwah kerana pesanannya menerusi rakaman video sebelum ini cukup bermakna buat dirinya malah seluruh masyarakat Malaysia.

Dalam pada itu, Yatt sempat memberi kata-kata pujian buat ibu bapa Allahyarham Muhammad Aming, kerana telah mendidiknya menjadi seorang kanak-kanak yang sangat bijak.

“Terima kasih untuk pesananmu yang amat berharga. Sekarang bermainlah kamu di taman-taman syurga nan indah.

“Al-Fatihah buat Almarhum adik Muhammad Aming Salleh Abdullah. Semoga ibu dan ayahnya tabah.

“Seterusnya, tahniah kalian telah mendidik anak bijak lagi hebat ini dengan baik. Berbanggalah, dia sekarang ini ahli Syurga yang sedang menanti kalian di sana,” coretnya di Instagram.

Semalam, Allahyarham Muhammad Aming telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya, di Tawau, Sabah, selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.

Kemudian, berita permergiannya turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaako, menerusi laman Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham.

Terdahulu, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang petah bercakap itu, tular di media sosial menerusi sebuah video yang memaparkan celoteh lucunya mengenai pemakaian topeng penutup muka dengan betul serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya