KUALA LUMPUR: “Hanya Allah saja boleh membalas. Sedekahkan lagi untuk arwah. Terima kasih banyak-banyak dan untuk kasih sayang.”
Itu ucapan suami kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 37, Shuib kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan, buat solat hajat, dan bacaan Yassin terhadap isteri tercintanya.
“Terima kasih untuk kasih sayang anda semua” – Shuib
Dalam perkembangan lain, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak dijangka pukul 1 petang, hari ini.
Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, termasuk bayi pramatang Ayash Affan, lapan bulan