“Tak salah kongsi rezeki” - Nabila Huda - Utusan Malaysia

“Tak salah kongsi rezeki” – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Nabila Huda sanggup mengeluarkan duit demi untuk menjaga penampilan dan penggayaan diri serta kelihatan gah di layar kaca.

Berkongsi di Instagram, Nabila Huda atau Abil mengakui, dia juga seorang selebriti yang tidak pandai bersolek dan memerlukan jurusolek atau tatarias bagi imejnya tampak menawan.

“Kalau nak nampak menarik dan kemas di kaca TV, anda kena berbelanja. Tidak salah untuk kita kongsikan rezeki pada teman-teman yang terkesan juga ketika pandemik ini. Jangan berkira. Dalam masa yang sama, kita juga puas hati dengan hasil itu nanti.

“Saya bukan selebriti yang pandai solek sendiri. Saya sentiasa perlukan mereka yang pakar untuk siapkan look yang di perlukan untuk watak seorang pengacara. Ini pun dipanggil EFFORT (usaha),” ujarnya yang sering juga mengenakan busana berjenama mewah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis bersetuju dengan kenyataan Abil, malah mereka terpesona dengan imej yang dipersembahkan oleh pelakon berkaliber itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya