Syed Saddiq tiba di Mahkamah Johor Bahru - Utusan Malaysia

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Johor Bahru

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama Gobind Singh Deo hadir ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi untuk berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di pekarangan mahkamah bersama peguamnya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong serta ahli keluarga termasuk ibunya.

Difahamkan pertuduhan itu mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Media sebelum ini melaporkan Syed Saddiq, 29, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pada 22 Julai lalu.

Pertuduhan pertama melibatkan penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta, manakala pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, beliau membuat pengakuan tidak bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya