Suresh intai podium di Tokyo - Utusan Malaysia

Suresh intai podium di Tokyo

Suresh menyasarkan podium dalam penampilan pertamanya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemanah para negara, S. Suresh menyasarkan pingat tanpa mengira warna di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sebaliknya, atlet kelahiran Kuala Ketil, Kedah itu menegaskan fokus utamanya ketika ini lebih terarah untuk melakukan penampilan pertama di temasya berprestij itu.

Mengakui memiliki impian untuk berada podium, dia percaya hasrat itu hanya boleh dicapai sekiranya prestasi terbaik dapat ditampilkan di Tokyo.

“Saya tak kisah mengenai sasaran semua itu. Saya hanya nak buat yang terbaik kerana kalau berjaya beraksi dengan baik, pasti saya akan ke podium dan saya memang nak pergi podium, tak kira pingat apa.

“Sasaran memang emas, tapi jurulatih kata jangan harap sangat sebab yang ini temasya pertama saya yang paling besar. Jadi saya perlu fokus kepada diri dulu,” katanya,

Suresh diletakkan sebagai sandaran untuk pingat emas negara kerana berjaya muncul juara di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda.

Dia mempamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan itu dengan menumpaskan wakil pilihan daripada Amerika Syarikat, Eric Bennett 7-3 pada aksi final Recurve Individu Lelaki, sekali gus menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara merit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya