Surat UMNO tular, tuntut ahli Parlimen tarik sokongan, letak jawatan - Utusan Malaysia

Surat UMNO tular, tuntut ahli Parlimen tarik sokongan, letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Surat yang dipercayai dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO kini tersebar dalam media sosial malam ini.

Surat bertarikh 5 Ogos itu difahamkan sudah dihantar kepada semua Ahli Parlimen UMNO, dengan membangkitkan isu derhaka yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung Ordinan Darurat dan tindakan yang dianggap membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong.

Malah surat itu juga turut meminta semua Ahli Parlimen UMNO termasuk Menteri dan Timbalan Menteri UMNO supaya menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri.

Selain itu, peletakan jawatan daripada pemimpin-pemimpin UMNO juga turut dituntut parti itu bagi mereka yang memegang jawatan dalam PN selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

“Justeru adalah perlu untuk mana-mana ahli UMNO mematuhi dan menghormati segala perintah dan keputusan parti selaras dengan Fasal 20.9 (b) dan Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO dengan cara menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meletakkan segala jawatan yang dilantik oleh kerajaan Perikatan Nasional selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tersebut,” jelas surat tersebut.

Di akhir muka surat pula turut disertakan ruang untuk Ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian sama ada menyatakan sokongan apa yang ditetapkan oleh parti atau sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya