Sumbangan durian bernilai RM12,000 - Utusan Malaysia

Sumbangan durian bernilai RM12,000

LORI yang membawa buah durian sumbangan Syarikat AAIA Teraju Sdn. Bhd. untuk disumbangkan kepada penduduk secara 'pandu dan lalu' di Kampung Sungai Kepong di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Syarikat AAIA Teraju Sdn. Bhd. menyumbangkan seberat 4.5 tan buah durian kepada kira-kira 500 penduduk di Kampung Sungai Kepong dan kawasan Persiaran Tadi di sini hari ini.

Pengarah syarikat itu, Roslan Basri berkata, mereka terpanggil berkongsi rezeki dengan menyumbangkan antara lima hingga enam biji durian bagi setiap keluarga secara ‘pandu dan lalu’.

“Setiap sumbangan ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan pemantauan pihak berkuasa bermula di Kampung Sungai Kepong pada pukul 9 pagi dan kemudiannya laluan berdekatan Persiaran Tadi berakhir dua jam kemudian.

“Sumbangan ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak manakala penduduk tidak perlu turun dari kenderaan kerana petugas syarikat ini meletakkan terus di bonet atau tempat duduk belakang kereta dan dalam bakul motosikal masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Menurut Roslan, bekalan durian pelbagai jenis baka diperoleh dari Gua Musang yang dianggarkan bernilai kira-kira RM12,000.

“Kita berkongsi rezeki lebih-lebih lagi ketika rakyat negeri ini masih dalam tekanan perbelanjaan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun ini,” katanya.

Katanya, sebelum ini, syarikat tersebut turut beramal jariah menyumbangkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung Sungai Kepong yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Sempena Hari Raya Aidiladha bulan lalu, syarikat ini juga menyumbangkan dua ekor kerbau dan seekor lembu untuk majlis ibadah korban kepada penduduk berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya