Sukan Paralimpik tanpa penyokong? - Utusan Malaysia

Sukan Paralimpik tanpa penyokong?

Bekas atlet Belanda Esther Vergeer akan berangkat ke Tokyo selaku ketua delegasi negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun menyalakan obor Sukan Paralimpik hari ini dengan atlet menanti sama ada penonton akan berada di stadium atau tidak ketika negara berkenaan bertarung melawan peningkatan kes Covid-19.

Penonton tidak dibenarkan di hampir semua gelanggang pada Olimpik Tokyo yang berakhir Ahad lalu kerana pandemik, manakala atlet berdepan kawalan pergerakan ketat selain menjalani ujian Covid-19 setiap hari.

Sukan Paralimpik dijangka akan berlangsung dengan cara yang sama yang akan bermula pada 24 Ogos kata media Jepun, manakala keputusan rasmi dijangka awal minggu depan.

Walaupun Jepun menyaksikan penularan kecil secara keseluruhan namun dengan jumlah kematian sekitar 15,300, gelombang baharu yang disebabkan varian Delta.

Tokyo dan lima lagi wilayah kini dalam perintah berkurung dengan bar dan restoran dilarang menjual alkohol selain tutup pada pukul 8 malam.

Selain acara tradisional berlari membawa obor di laluan awam, menyalakan api dari obor ke obor lain juga akan diadakan di pekan dan bandar raya seluruh Jepun dalam tempoh seminggu akan datang.

Ia akan dibawa ke Tokyo dan dihimpunkan, namun perancangan membenarkan penonton sepanjang laluan ditarik balik kata pegawai kerajaan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya