Staf syarikat kurier didenda RM3,000 miliki tiket loteri - Utusan Malaysia

Staf syarikat kurier didenda RM3,000 miliki tiket loteri

MOHAMMAD Shah Ariffin (kiri) didenda RM3,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki empat keping tiket loteri di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang kakitangan syarikat kurier didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah memiliki empat keping kertas tiket loteri awam, dua hari lalu. 

Majistret Sabreena Bakar @ Bahar mengarahkan tertuduh, Mohammad Shah Ariffin Sidikah, 32, menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Shah Ariffin dituduh telah dalam milikannya empat keping kertas tiket loteri awam di hadapan sebuah premis di Seksyen 25, di sini pada pukul 2.15 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya