Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki - Pengurus - Utusan Malaysia

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini.

Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi.

“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yasin, doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik.

“Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.

Sebentar tadi, difahamkan satu majlis bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf itu telah diadakan secara virtual dan dihadiri sekurang-kurangnya 92 kenalan Siti Sarah dan Shuib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya