Sirigu sertai Genoa secara percuma - Utusan Malaysia

Sirigu sertai Genoa secara percuma

Salvatore Sirigu menyertai Genoa secara percuma dengan pilihan untuk lanjutan kontrak pada masa akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Penjaga gol Itali, Salvatore Sirigu menyertai Genoa menerusi perpindahan percuma sebaik pemain itu kembali ke negaranya selepas membantu Itali muncul juara Euro 2020.

Sirigu berada dalam skuad Azzuri ketika di Euro baru-baru ini namun hampir tidak beraksi selepas Gianluigi Donnarumma mendominasi posisi berkenaan.

Genoa tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai kontrak pemain berusia 34 tahun itu, yang dilepaskan oleh Torino bulan lalu selepas beraksi lebih 150 kali dalam tempoh empat musim.

Bagaimanapun, media Itali melaporkan Sirigu menandatangani kontrak setahun dengan mempunyai pilihan untuk lanjutan kontrak pada musim berikutnya.

Pencapaian terbaik Sirigu di kelab utama hadir ketika lima tahun bersama pasukan baru Donnarumma, Paris Saint Germain.

Dia meraih empat kejuaraan liga di antara 2013 hingga 2016 di kelab Perancis itu, tiga darinya diletakkan dalam kesebelasan utama dan juga pernah memenangi Piala Perancis sebanyak dua kali.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya