Silat bakal bertapak di Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Silat bakal bertapak di Sukan Olimpik

PESAKA Melaka berhasrat membuka tiga lagi akademi silat olahraga di Jasin, Masjid Tanah dan Alor Gajah bagi melahirkan lebih ramai pesilat dalam kalangan remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara silat dilihat tidak mustahil mampu bertapak di Sukan Olimpik 2028 Los Angeles atau Brisbane 2032.

Setiausaha Teknikal Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Kamarul Ariffin A. Latib berkata, setakat ini perjalanan sukan tempur itu berada di landasan tepat untuk membuat penampilan sulung dalam sejarah Olimpik.

“Setakat hari ni, Persilat (Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa) telah sahkan bahawa ada 90 negara yang ada persatuan silat berdaftar di negara terbabit. Lepas syarat pertama.

“IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) telah meminta Persilat untuk bersedia membuat demonstrasi di Olimpik Paris 2024. Lepas syarat kedua.

“Syarat ketiga, selepas demonstrasi itu berjaya, sukan terbabit harus menunggu antara empat ke lapan tahun bersamaan dua kali penganjuran Sukan Olimpik untuk benar-benar bersedia bagi menyertai kejohanan sukan terbesar dunia itu.

“Jika anggaran waktu selepas demonstrasi, bermakna silat akan bertempat di Olimpik sekitar 2028 atau 2032.

“Muay thai akan bermula pada 2024 di Olimpik, setelah diterima pada tahun 2016. Taekwondo dah bermula 1996, setelah diterima 1988. Karate dah bermula tahun ini, setelah diterima 2012.

“Maka untuk Silat masuk Olimpik tidaklah mustahil. Silat juga kini telah berubah kepada lebih ‘ekstrem’ dan mempunyai VAR (video bantuan pengadil) berlandaskan kriteria Olimpik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebagai rekod, silat juga telah melahirkan Olahragawan dan Olahragawati Negara pada 2016 serta 2017 menerusi Al Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Nasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya