TOKYO: Marcela Ana Cunha berkata, dia perlu bersikap dingin untuk mengatasi cabaran juara bertahan, Sharon van Rouwendaal untuk meraih pingat emas acara 10km renang maraton wanita, hari ini.
Cunha muncul juara selepas mencatatkan masa kurang dari sesaat daripada Van Rouwendaal dalam perlumbaan di Tokyo yang menyaksikan dia mencatatkan masa 1 jam 59 minit 30.8 saat berbanding 1:59:31.7s yang dilakukan atlet Belanda itu.
Kareena Lee dari Australia meraih gangsa dalam acara itu.
Cunha, 29, menamatkan saingan di Rio 2016 di kedudukan ke-10 manakalan kelima di Beijing 2008.
Atlet Brazil itu menyuarakan, bahawa dia mahu meraih pingat emas di Jepun.
“Kami mahukan pingat emas dalam acara ini sejak tiba di Tokyo, saya berkata kepada jurulatih yang saya mahu menang tanpa mengira betapa susah lawan saya.
“Kami harus bersikap dingin seperti atlet Eropah untuk menang. Kami orang Latin kuat beremosi dan saya perlu bersikap dingin dari segi mental untuk menang,” katanya.-AFP