Shah akan berlumba esok - Utusan Malaysia

Shah akan berlumba esok

MOHAMAD Shah Firdaus Shahrom ketika terjatuh di Veledrom Izu, Tokyo setelah terlibat dalam pelanggaran pada pusingan pertama acara keirin. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan turun bersaing di peringkat suku akhir keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Katanya hasil ujian x-ray dan CT Scan semuanya berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan serius yang di hadapinya.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan OK. Saya boleh berlumba esok.

“Kepada penyokong di luar sana jangan cepat menilai pelumba lain.

“Kemalangan sentiasa berlaku dalam acara keirin dan tiada siapa mahu ia berlaku secara sengaja, ia adalah sebahagian daripada perlumbaan kerana semua datang untuk menang.

“Saya akan lakukan yang terbaik esok (hari ini),” katanya dalam laman Instagram.

Dalam perlumbaan di Velodrom Izu itu, Shah Firdaus terjatuh selepas dilihat bergesel dengan Jack Carlin namun segalanya berpunca daripada pelumba Belanda, Matthijs Buchli yang kemudiannya dikenakan amaran pada perlumbaan ulangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya