KUALA LUMPUR : Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.
“16 Ogos 2021. Ya Allah, lindungilah Malaysia,” tulisnya ringkas.
Kenyataan itu adalah maklum balas dari kiriman WhatsApp yang diterima tertulis ‘Agong terima perletakan jawatan saya. Allahuakbar’. – UTUSAN ONLINE