Seorang lagi saksi tampil membuat pengkuan serangan seksual R.Kelly - Utusan Malaysia

Seorang lagi saksi tampil membuat pengkuan serangan seksual R.Kelly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lagi mangsa tampil membuat pendedahan pernah diserang secara seksual oleh penyanyi R&B, R.Kelly ketika usia remaja.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Jane Doe itu mendedahkan dia dipaksa oleh penyanyi itu untuk melakukan hubungan seks di dalam bas dan bilik hotel.

Selain itu, wanita itu juga mendakwa dipukul Kelly dengan kasut dan dijangkiti penyakit kayap selepas dipaksa melakukan hubungan seks dengan penyanyi berkenaan.

“Lelaki ini sengaja menyebarkan (penyakit) itu kepada saya. Dia boleh sahaja mengawal keadaan ketika itu,” dedahnya.

Jane yang disoal berulang kali oleh pendakwa raya di Mahkamah Brooklyn tentang umurnya ketika kejadian berlaku memberitahu dia berusia 17 tahun semasa diserang Kelly.

Minggu lalu, juri mendengar testimoni yang sama daripada saksi pertama dalam perbicaraan kes tersebut.

Saksi tersebut mendedahkan dia berumur 16 tahun ketika dieksploitasi secara seksual oleh penyanyi lagu I believe I can Fly itu.

Kelly bagaimanapun menafikan kesemua pertuduhan yang dibuat keatasnya dan mendakwa dirinya difitnah oleh sekumpulan individu yang cuba menjatuhkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya