Senarai Kabinet tular, Noh nafi beliau anggotai Kabinet - Utusan Malaysia

Senarai Kabinet tular, Noh nafi beliau anggotai Kabinet

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti dalam senarai yang tular sejak semalam.

Malah, beliau juga menafikan menerima sebarang makluman daripada kepimpinan UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri jika namanya dicadangkan dalam Kabinet baharu yang akan dibentuk tidak lama lagi.

Menurutnya, soal pembentukan Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri dan tidak perlu diwujudkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi berisiko merosakkan kerjasama antara parti dalam kerajaan baharu.

“Soal Kabinet itu semua ramalan politik, saya sudah lali. Saya pernah berada dalam Kabinet, digugurkan, naik balik, jadi bagi saya prinsip dalam perjuangan bukan mengejar jawatan. Jangan kejar jawatan, tetapi yang penting ialah kita kena teruskan kerja kita dengan ikhlas,” katanya.

Malah, beliau memaklumkan sepanjang bersama UMNO menerajui kerajaan sebelum ini, tidak pernah diberitahu lebih awal oleh Perdana Menteri atau kepimpinan parti untuk dicadangkan berada dalam Kabinet.

“Saya langsung tak tahu, saya dengar melalui televisyen. Bila saya dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, pun saya tak tahu. Saya hanya dengar dalam televisyen. Apabila saya ditukar daripada KDN pergi ke Kementerian Pendidikan (timbalan menteri) ketika itu saya berada di luar negara. Saya ada di Jerman pada masa itu.

“Bila saya jadi Menteri Pembangunan Usahawan, pun saya dengar dalam kereta. Saya masih ingat, tengah memandu dengar berita Kabinet baharu melalui radio dalam kereta. Saya pun terkejut dapat jadi menteri. Saya kena masuk Kabinet pun tak tahu. Tak pernah tahu lebih awal,” jelasnya.

Bagaimanapun, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menegaskan beliau atau sesiapa pun dipilih dalam Kabinet terutama dalam pasca PRU-14 ini perlu bersedia untuk bekerjasama dalam kerajaan sokongan pelbagai parti termasuk Perikatan Nasional (PN).

“Kalau (dipilih) kita kena bekerjasama dengan semua. Maknanya kalau sudah diamanahkan, kita kena buatlah. Setakat ini amanah saya adalah di Tanjong Karang, kena buat sehabis baiklah,” tegasnya.

Katanya, beliau tidak berasa kecewa sekiranya tidak terpilih dalam Kabinet baharu walaupun UMNO kembali menerajui kerajaan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Soal Kabinet itu semua ramalan politik, saya sudah lali. Saya pernah berada dalam Kabinet, digugurkan, naik balik, jadi bagi saya prinsip dalam perjuangan bukan mengejar jawatan. Jangan kejar jawatan, tetapi yang penting ialah kita kena teruskan kerja kita dengan ikhlas. Ini prinsip yang dipegang selama ini.

“Sebab itu saya tidak rasa kecewa, bila gugur daripada jawatan menteri, tak dilantik semula pun tak kecewa. Semuanya ada hikmah. Saya hendak beritahu, sejak saya jadi Ahli Parlimen, semasa mula-mula dilantik Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya